CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

tems tO u gUys

Sunday, August 21, 2011

tintA penA kOo untUk diri muU...


Assalamualaikum wbt..



Aku pernah digelar Doctor Cinta, tapi tu dulu..zaman jahiliyah..haha..sengal ayat.Aku bukanlah seorang yg mahir sangat dalam selok belok cinta ni, tapi , rasanya, ada beberapa perkara yg ingin aku perkatakan ni, berlaku kepada semua orang yg pernah atau sedang bercinta.Dan bukan bermakna aku menggalakkan korang bercinta.Jauh sekali niat aku nak suruh korang buat maksiat.Cuma, biasa la kan, zaman remaja, sape la yg tak pernah alami semua ni kan ? Tak payah kerek-kerek, mengaku je dalam hati.hehe..

Dan semasa dilamun alam percintaan ni, macam-macam perkara boleh berlaku.Ada part merajuk,ada part memujuk, ada part nak break/clash, ada part bincang pasal masa depan, masing-masing menyatakan kesanggupan masing-masing , kononnya nak bertahan ke titisan darah terakhir la..haktuih..Please la..bergegar pancreas aku dengar ayat tu,..nak tergelak..

Cuma kali ni, aku nak sebutkan taktik-taktik yg rasanya , korang pun pernah alami semasa bercinta, di mana , menunjukkan pasangan kapel so-called 'sehidup semati' korang tu , nak tarik perhatian atau minta belas kasihan korang, atau sengaja nak bagi korang take care sgt pasal dia..tak kira la..lelaki atau wanita..sama je taktiknya.. Nak tahu ?? Check this out yaw !!

1) Kononnya Ada Penyakit Kronik

Pergh..yg ni rasanya sejak aku Form 1 dulu pun pernah dengar dah kes ni.Tengah hangat kapel ( sure la bukan aku =='' ) si lelaki atau wanita ni pun , buat-buat la macam nak inform satu benda penting kat pasangan dia ni.Mula-mula tu, tanya la, si dia ni sanggup tak bersama diorang sampai bila-bila..Then bila dah si pasangan tu kata sanggup, diorang pun mulakanlah kisah sedih tu.Kononnya ada penyakit jantung, kanser kulit lah, selsemaleukemea  lah, AIDS lah, macam-macam penyakit ada, you name it man..Dengan harapan, lepas ni si dia tu setia dgn diorang, nak jaga diorang lah, kononnya bukti kesetiaan la, ape la.. Please lah..Aku rasa dia selsema je tu..terus jadi leukemia..ape hal bro..hehe

2) Kononnya Ada Orang Asyik Usha Atau Kacau

Hahahha..yg ni maybe berlaku kepada yg mudah perasan atau bajet hot la..Kononnya nak bagitau kat pasangan dia yg dia ni stok popular atau terhangat di pasaran, so dia pun mengadu la kat pasangan dia tu, kononnya ada monyet kawan sekelas ke, kawan satu persatuan ke, yg asyik usha dia selalu, kacau-kacau la, tulis surat cinta la.Kalau yg perempaun tu,maybe tokok tambah cerita konon ada laki tu nak bawak geng dia belasah si bf dia ni la..macam-macam..So si pasangan dia ni pun akan lebih menjaga dia la, takut kena rampas.hahaha... sape tak sayang gf/bf oi !!!

3) Kononnya Dah Serahkan Hati

Yang ni selalu berlaku time mesej atau kol la.Bagi yg dah berani keluar dating tu, mungkin berlaku jugak.Bila sampai part nak sembang jiwang tu,mula la keluar macam-macam ayat jiwang.. "you sanggup hidup bersama I ke, Abang dah tak nak perempuan lain lah, baby nak papa seorang je, i dah serahkan hati i la" ...* ops ..stop jap.. 2 baldi dah aku muntah ni =='' * Please la bro n sis.. Mudah sangat korang percayakan cakap pasangan korang tu.Kalau dah nama pun kapel, sure la diorang mengaku je sanggup itu ini, tak kira la, laki ke,pompuan ke, mulut penipu tu same je..

4) Kononnya Dah Fikir Masa Hadapan

Ni pun maybe berlaku time msej,kol, atau dating yg berdosa tu..Diorang buat-buat macam dah fikir masa hadapan la, nanti si gf ni tanye la bf dia, nanti kalau ade orang datang meminang dia, camne, kalau mak bapak dia suruh kawin jugak,camne,....yg si bf dia lak, cakap , dia dah plan rancangan hidup diorang tu..nak anak berapa la..nak bagi nama apa la...So pasangan diorang ni akan nampak kononnya diorang ni memang dah serius la dengan diorang..Alah..taktik la tu...

Actually, banyak lagi taktik yg aku pernah dengar dan pernah alami sendiri., C'mon la beb.. sOri,ati gUwa dah dimiliki...untUk my mista SANGGOROO,jangan maen ayat jew...bUktikan..!!hehee

Till then, may Peace be Upon You !!!

No comments:

Post a Comment